Tuesday, December 21, 2004

penuh dengan dugaan

bismillah...Pagi ni aku dan 3 orang rakan yang lain perlu mengadakan lawatan pembelajaran ke HOSPIS Malaysia. Dekat je dari HUKM. Tapi klau jalan kaki penat la kot. Ok juga. Pagi ada discussion tentang pesakit terminal illness and a very brief interactive discussion about pain management for cancer patients. Sepatutnya kami kena lah ikut home visit ke rumah pesakit mereka tetapi memandangkan kami ada kelas petang ni dengan Dr. Tong so tak dapat lah join sebab rumah patients tu suma jauh2 kat selayang la kat subang jaya la. Nanti tak tau nak balik camne. Lagipun kitorang ada ”hidden agenda” sebab nak join talk kat Pusat Perubatan Primer Bandar Tasik Selatan. Emm sedih sebaik sahaja kitorang melepasi pintu keluar, Alhana dapat panggilan tepon yang nenek nya meninggal dunia pagi tadi. Innalillahi ainna ilaihirajiun...so dia kenalah pulang ke kelantan as soon as possible. As we arrived PPP at the 4th floor doctors told us that the palliative care patient that we visited last week En Ahmad had passed away yesterday…so for this I had a long pause since I knew him quite well and wrote his clinical review for doctors.
What unsuspected things to happen. Ya Allah ampunilah hamba2Mu ini. Tempatkanlah mereka bersama orang2 yang engkau redhai. Amin...

Berbaloikah pengorbanan yang daku lakukan andai telah kutahu ia takkan dihargai. Kuasa mana yang telah mendorong aku untuk hanya berdiri di sudut ini memerhati orang lain bahagia tetapi aku membiarkan diriku sendiri luka. Mana perginya api2 semangat yang aku katakan tatkala aku hanya berdiam mendengar yang kau tiada lagi mahu berada di sisi. Mengapa aku hanya merembes air mata dan tak ingin berbuat apa2. bukankah aku yang begitu teguh mempertahankan teguh cinta itu. Jangan begitu banyak sekali kau lontarkan kata2 pertanyaan mu tanpa kesempatan untuk daku menerangkannya. Aku hanya akan bahagia melihat orang yang aku sayangi bahagia. Jika dia bermuram berada di sini mengapa aku harus menahannya. Tiada guna memaksa. Aku yang perlu berkorban dan bersabar atas dugaan ini...apalah dayaku andai ia kisah kami bakal menjadi dedebu di jalanan.

No comments: