Thursday, March 31, 2005

surat dari Hawa buat Adam

kita renungkan ya

Adam.....Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jikaperjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari Kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku niscaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku Kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenamu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat,masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkaupada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

diet cara Rasulullah :)

Assalamualaikumwarahmatullah
Tengahhari tadi saya telah ke surau tkt 6 sebab menghadiri ceramah Ustaz Abdullah Mahmood. Ustaz ni memang tak kedekut ilmu. Ada aja tips2 ygberguna yg akan diberi kepada sesiapa yg hadir ceramahnya. Tak rugi kita mendengar ceramah
kawan2!......Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua? Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje. sebabitulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yglain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.
Ustaz AbdullahMahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Gerenti kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIHDAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGANSESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... Kawan2 cubalaa...............Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bilakita sudah tua nanti. Wassalam.
* artikel tu bukan saya yang tulis.
cuma saya cuba ambil pengajaran darinya. begini, dahulu berat saya adalah 58 kg. macam2 yang saya lakukan untuk mengurangkan berat namun hasilnya amat lembap. tetapi saya tidak mengambil ubat2an kerana masalah pemakanan biasanya tidak mampu selesai dengan ubat tanpa merawat punca2 di sebaliknya.
sebenarnya tabiat makan kita yang menyebabkan kita jadi gemuk. saya tak nafikan. sebab saya pun menghadapi masalah yang serupa.
ia bermula semasa saya di tahun 2 kearana saya cepat tension. jadi ubatnya saya makan dan tidur dengan kerap. selainnya masa saya banyak dihabiskan dengan belajar. senaman memang tiada dalam kamus hidup saya. lagilah ibu kata saya masih kurus lagi. sebenarnya tidak. pandangan luaran tidak sama dengan pandangan dari dalam. bila saya makan sesuatu saya yakin ia tak mempengaruhi saya. memang. memang bukan tuk masa pendek. tetapi berat saya naik dengan jayanya. saya perasan semasa hari raya saudara mara menegur saya kelihatan 'berisi'. segan...
jadi saya tercari2 kaedah terbaik. saya mula memerhati tabiat makan saya. saya cuba menukar. walau sukar pada mulanya.
saya cuba praktikkan makan jangan diselangi air. makan buah sebelum makan. lebihkan makan sayur dan sumber organik. kurangkan makan daging. makan ikan dan sumber yang tinggi protein lain. selalu bersenam walau sekadar berjalan dengan cepat. mesti sarapan pagi. elak makan malam yang berat seperti nasi tapi mesti makan. sebolehnya berpuasa hari Isnin dan Khamis. jangan cuba tinggal makan waktu yang sepatutnya makan. semua ada rasionalnya.
akhirnya alhamdulillah saya mula nampak perubahannya dalam masa setahun. berat badan saya berkurang kepada 52 kg. kadang2 ke 49 kg. naik takut saya jika saya mendapat kekurangan zat atau anaemia saya datang semula. jadi bagaimana? mahu pilihan yang macam mana. berdietlah dengan pilihan yang baik. jangan menyeksa diri. cuba perhati cara diet Rasulullah ni. pasti ada kebaikannya yang tersembunyi.

wahai lelaki

Janganlah hipokrit.
Semua lelaki perlukan wanita.
Tanpa wanita hati, perasaan dan fikiran lelaki akan rosak.
Mereka masih mencari walaupun ada segalanya. Apa yang tidak ada di syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa?
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri, kekasih dan puteri.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayangan yang lurus.
Wahai lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan ALLAH.
Didikanlah mereka dengan panduan dari-Nya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta kerana nanti mereka akan semakin liar,
Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada ALLAH, zat yang kekal kerana disitulah punca bagi kekuatan dunia. Akal wanita stipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu.
Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Hiasilah ia dengan akhlak.
Bisikan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.
Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan membengkok.
Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya.
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepada-Nya. Jinakkanlah diri pada ALLAH nescaya jinaklah segala di bawah pimpinanmu.
"Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra,
andai peribadimu tidak sehebat Sayidina Ali Karramallahu Wajhah".

tidak setia?

assalamualaikum...
bukan apa. cuma saya telah pun bertukar kepada package prepaid. maxis pula tu. suma kerana faktor kos. bil telefon saya naik dua kali ganda. ayah bila mendengarkan perkara ni dia berseloroh kepada saya "aii...takkan tak tahu kenapa?". mestilah saya tahu kenapa...selama ni saya begitu berhati2 menggunakan hanfon memandangkan saya menggunakan bil. telefon rumah pun kadang2 pohon ehsan ibu untuk menelefon saya. sehingga la akhir posting surgeri saya menyedari ramai teman saya menggunakan maxis dan kadang2 mereka memang tidak meng sms saya disebabkan faktor kos itu.
akhirnya semalam atas pertolongan abang asmadi, saya mengambil keputusan menukar no. sms pun murah jadi jika punya kesempatan boleh bertanya kabar kepada rakan2 ya :)
ini bukan soal setia atau apa.
cuma soal luaran kadangkala menjadi faktor kepada perubahan seseorang. sebenarnya tiada masalah pun selama saya berurusan dengan no yang lama. jika jodoh nya panjang pasti saya tidak teragak2 untuk menyambungnya semula...

Monday, March 28, 2005

patut kah berehat?

bismillah. jumaat lepas baru sahaja saya menamatkan posting orthosurgery. posting terakhir saya dalam tahun empat ini. malahan ibu turut pelik pabila saya meminta untuk pulang ke rumah jumaat lepas. dia bertanya adakah saya telah habis exam. saya mengatakan bahawa saya bukan sahaja telah habis exam malahan cuti saya telah pun bermula. selama dua bulan pula tu. itu termasuk lah juga posting elektif yang akan saya lakukan di HTAR. disebabkan posting itu saya tinggal di rumah jadi ia dikira sebagai cuti. cuma patutkah saya memperlakukan cuti saya seperti cuti selayaknya. kerna selepas dua bulan berlalu saya akan memasuki era kemuncak dalam pembelajaran saya. semua tanggungjawab selaku seorang pelajar sudah patut mampu dipikul dengan sebaiknya. adakah saya akan sebagus itu? dan sudah bersediakah saya? sulit memikirkannya buat masa ini.
gembira sebenarnya pabila ada masa untuk bersama dengan keluarga. saya merancang untuk cuti2 malaysia. emm tapi kemana ya. kelantan telah bebrapa kali saya jejaki. sampai dah hafal setiap jalan. itupun adik saya masih tidak bosan untuk menyusurinya semula. katanya ingin membeli belah. saya mencadangkan kita pergi melihat pantai. cuma setelah peristiwa tsunami tempoh hari menjadikan kami berhati2 untuk berada dekat dengan pantai. alah itu kan semua kuasa Allah. jadi lantaran itu menjadikan kami selalu bertawakkal dan berserah diri dalam apa jua urusan dan keadaan.
smoga kita menjadi yang lebih baik setiap hari
smoga kita dapat mempelajari sesuatu dari pengalaman hidup
kecewa untuk seketika tidak mengapa
asalkan kita mampu tuk bangun semula
yang penting adalah penghabisannnya
dengan apa cara sekalipun
kejayaan tidak akan datang dengan mudah... :)