Saturday, March 26, 2005

perempuan memang tidak guna...lelaki pun tidak guna

saya ambil artikel ni dari alwancomics.com
isinya memang baik.
sama2 kita renungkan...

author : mohdhanafi

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dang baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini “….Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Kali ini sebagai mengimbangi tajuk yang menimbulkan sedikit rasa tidak selesa di kalangan MUSLIMAT tu, ana bawakan pula ‘LELAKI MEMANG TIDAK GUNA!’ untuk tatapan sahabat semua…

1. Lelaki memang tidak guna jalan raya sebagai medan untuk menunjukkan kehandalan. Saya sebagai lelaki kadang2 tercabar juga apabila berada di belakang perempuan. Pada waktu itu timbul juga rasa ego untuk tidak terus berada di belakang wanita dengan memecut selaju-lajunya. Itu cerita dulu-dulu lah sewaktu saya mengguna KIPS yang berkuasa tinggi. Tapi sekarang tidak lagi, kerana saya telah menukar kenderaan kepada Honda CDI yang boleh memecut 50 km/j sahaja…Oleh itu bersopanlah di jalan raya. Jalan raya bukan tempat untuk menunjukkan kepakaran memandu.

2. Lelaki memang tidak guna keistimewaan yang diberikan kepada kaum wanita sahaja. Oleh itu, jika dia seorang lelaki, dia akan pastikan solatnya sentiasa 5 waktu sehari semalam melainkan apabila dia mendapat rukhsah solat ketika bermusaffir. Pengalaman bekerja di kilang memang berguna, pada waktu bekerja di kilang tu, saya masih ingat Dato’ Fadhilah Kamsah mengeluarkan data kajiannya ‘80% orang Islam tidak solat!’. Perkara boleh diakui kesahihannya apabila anda berada dlm industri pembuatan. Ramai operator kilang, malah staf pengurusan juga tidak memnunaikan solat. Saya pernah bergaduh dlam hal ini kerana hanya mengajak mereka solat berjamaah.

3. Lelaki memang tidak guna perhiasan dari emas dan pakaian yang dibuat daripada sutera kerana kedua-duanya haram. Begitu juga lelaki tidak akan menggunakan sebarang aksesori yang boleh menyerupai kaum wanita. “Man tasyabbaha bi-qaumin fa-huwa min-hu” {Barangsiapa yg menyerupai sesuatu kaum maka ia tergolong dari kalangan kaum itu}[Hadis]. Hadis ini adalah hadis yang popular ttg larangan menyerupai kaum wanita bagi lelaki atau sebaliknya. Jika anda dijadikan lelaki, terimalah hakikat anda seorang lelaki. Jangan simpan cita-cita untuk menjadi seperti wanita dengan melakukan pembedahan organ atau berpakaian seperti wanita.

4. Lelaki memang tidak guna kesempatan yang ada padanya untuk meluahkan kemarahannya. Jika seorang suami, dia tidak menjadikan isteri ketika bersama steri di rumah untuk memarahi isteri kerana tekanan kerja. Lelaki yang gagah adalah lelaki yang boleh menahan nafsu marahnya. Nabi juga berpesan, bahawa lelaki yang gagah itu bukanlah mereka yang menang gusti tangan, tetapi lelaki yang berupaya menahan marahnya. Dalam al-Quran Allah menitipkan 4 ciri orang yang baik (muhsin), dan salah satunya adalah menahan kemarahan (al-kaazimina al-ghaizhi), seperti yang tercatat dlam ayat 134 surah aali-‘Imran. Seorang sahabat saya yang merupakan Ketua Jabatan menasihati saya, “Jika mengalami tekanan kerja atau wang, jangan luahkan kemarahan itu pada anak-anak dan isteri. Saya tidak pernah menengking anak-anak dan isteri di rumah. Isteri saya sendiri tidak dapat menduga gelojak perasaan saya, dan dia tidak tahu pada waktu mana poket saya penuh dengan duit atau sebaliknya” Maka sebagai lelaki, marilah kita sama-sama menjadi orang yang boleh mengurus tekanan dengan baik.

5. Lelaki memang tidak guna keistimewaan berpoligami yang diberikan kepadanya jika dia dikurnakan seorang isteri yang sempurna, taat, solehah, dan boleh melahirkan zuriat. Ketahuilah walaupun lelaki diberi kelebihan utk berpoligami, tetapi amat sukar bagi lelaki untuk berlaku adil. Jika dikurniakan seorang isteri yang setia dan amat mempercayai kesetiaan anda sebagai suami, maka jangan sekali-kali mengkhianati keyakinannya. Jadilah kita sebagai lelaki yg setia yang tidak mempunyai hati yg bercabang. Ciri lelaki seperti ini dinyatakan dalam ayat 4 surah Al-Ahzab. Ayat ini adalah ayat ttg masalah lelaki menziharkan isteri kerana di luar sana dia mempunyai perhatian kepada wanita lain. Maka jika kamu menziharkan isterimu, kaffarahnya amat berat. Kaffarah itu disebut pula dalam ayat 2-4 surah al-Mujaadilah. Jika wajib menerima konsep poligami dalam Islam dan untuk mempraktikkannya, terpulanglah pada kemampuan. Jika lelaki tidak mahu berpoligami, jangan sekali-kali berkata ‘Poligami itu tidak adil’, sedangkan orang yang berpoligami itu (tidak semua) kebanyakannya tidak dapat berlaku adil atau tidak dapat mengamalkan prinsip poligami kerana kurangnya ilmu agama dlm dirinya.

6. Lelaki memang tidak guna matanya untuk melihat perkara yang dilarang khususnya aurat wanita. Jika seorang wanita berselisih dengan lelaki, secara adatnya lelaki akan tertarik untuk melihatnya. Wanita dalam bahasa Arab adalah ‘Mar-atun’ kata terbitan daripada ‘Ro-a’ yang bermaksud ‘Tempat jatuh pandangan’. Kata guruku…”Pandangan pertama adalah rezeki, maka jika disusuli pandangan kedua yang bercampur dengan desakan nafsu, ia adalah dosa” dato’ Ismail Kamus. Jika arahan supaya wanita menjaga pandangan mata, ayat yang ditujukan khusus oleh Allah untuk lelaki tercatat dalam ayat 30 surah An-Nur. Jika wanita dan lelaki bermuamalat, jangan melihat ke dalam mata wanita (walaupun dlm Kemahiran Komunikasi kita diajar supaya melihat orang yang bercakap dengan kita). Lihatlah seadanya, selagi tidak membangkitkan nafsu sekiranya bercakap atau berurusan dengan wanita yang bukan muhrim dengan anda.

7. Lelaki memang tidak guna subang untuk dipakai pada sebelah telingannya sahaja atau memakai gelang atau berpakaian selekeh ala ‘rockest’. Walhal perkara ini adalah budaya kuning yang dibawa masuk oleh musuh Islam dalam masyarakat Islam. Budaya ini amatlah membimbangkan sehingga ramai remaja terjebak dgn perkara yang merosakkan. Budaya ini banyak namanya….hippies, breakaway, skin head, punk, black metal, hedonism, dan entah apa-apa lagi.

8. lelaki memang tidak guna ROKOK untuk memberitahu orang lain “Aku sudah matang” atau untuk menghilangkan kerungsingan hatinya. Ada kawan-kawan saya memberitahu saya, “Saya merokok sekadar cuba-cuba, kemudia saya mendapati ia berguna untuk menghilangkan kekusutan minda apabila otak saya letih”. Alahai, mengapa dipilih rokok yang mengadungi jutaan racun itu? Apakah kita ada Al-Quran utk mencari kedamaian jiwa? “dan Kami (Allah) turunkan dari Al-Quran suatu yg menjadi penawar dan Rahmat bagi orang2 yg beriman….” Ayat 82 surah al-Israa’. Tika berserabut jiwa, bacalah Al-Quran untuk mencari ketenangan, bermunajatlah kpd Allah, tadabburlah ayat2 Al-Quran kerana ia adalah kalam Allah yang suci.

9. Lelaki memang tidak guna sifat EGO untuk menganiaya perempuan. Jika lelaki dan wanita bergaduh, lelaki akan terlebih dahulu meminta maaf daripada wanita walaupun kesalahan itu bukan berpunca dari dirinya. Meminta maaf bukanlah sesuatu yang boleh menurunkan martabat anda sebagai lelaki.

terima kasih

No comments: