Thursday, March 31, 2005

surat dari Hawa buat Adam

kita renungkan ya

Adam.....Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jikaperjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari Kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku niscaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku Kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenamu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat,masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkaupada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

diet cara Rasulullah :)

Assalamualaikumwarahmatullah
Tengahhari tadi saya telah ke surau tkt 6 sebab menghadiri ceramah Ustaz Abdullah Mahmood. Ustaz ni memang tak kedekut ilmu. Ada aja tips2 ygberguna yg akan diberi kepada sesiapa yg hadir ceramahnya. Tak rugi kita mendengar ceramah
kawan2!......Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua? Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje. sebabitulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yglain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.
Ustaz AbdullahMahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Gerenti kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIHDAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGANSESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... Kawan2 cubalaa...............Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bilakita sudah tua nanti. Wassalam.
* artikel tu bukan saya yang tulis.
cuma saya cuba ambil pengajaran darinya. begini, dahulu berat saya adalah 58 kg. macam2 yang saya lakukan untuk mengurangkan berat namun hasilnya amat lembap. tetapi saya tidak mengambil ubat2an kerana masalah pemakanan biasanya tidak mampu selesai dengan ubat tanpa merawat punca2 di sebaliknya.
sebenarnya tabiat makan kita yang menyebabkan kita jadi gemuk. saya tak nafikan. sebab saya pun menghadapi masalah yang serupa.
ia bermula semasa saya di tahun 2 kearana saya cepat tension. jadi ubatnya saya makan dan tidur dengan kerap. selainnya masa saya banyak dihabiskan dengan belajar. senaman memang tiada dalam kamus hidup saya. lagilah ibu kata saya masih kurus lagi. sebenarnya tidak. pandangan luaran tidak sama dengan pandangan dari dalam. bila saya makan sesuatu saya yakin ia tak mempengaruhi saya. memang. memang bukan tuk masa pendek. tetapi berat saya naik dengan jayanya. saya perasan semasa hari raya saudara mara menegur saya kelihatan 'berisi'. segan...
jadi saya tercari2 kaedah terbaik. saya mula memerhati tabiat makan saya. saya cuba menukar. walau sukar pada mulanya.
saya cuba praktikkan makan jangan diselangi air. makan buah sebelum makan. lebihkan makan sayur dan sumber organik. kurangkan makan daging. makan ikan dan sumber yang tinggi protein lain. selalu bersenam walau sekadar berjalan dengan cepat. mesti sarapan pagi. elak makan malam yang berat seperti nasi tapi mesti makan. sebolehnya berpuasa hari Isnin dan Khamis. jangan cuba tinggal makan waktu yang sepatutnya makan. semua ada rasionalnya.
akhirnya alhamdulillah saya mula nampak perubahannya dalam masa setahun. berat badan saya berkurang kepada 52 kg. kadang2 ke 49 kg. naik takut saya jika saya mendapat kekurangan zat atau anaemia saya datang semula. jadi bagaimana? mahu pilihan yang macam mana. berdietlah dengan pilihan yang baik. jangan menyeksa diri. cuba perhati cara diet Rasulullah ni. pasti ada kebaikannya yang tersembunyi.

wahai lelaki

Janganlah hipokrit.
Semua lelaki perlukan wanita.
Tanpa wanita hati, perasaan dan fikiran lelaki akan rosak.
Mereka masih mencari walaupun ada segalanya. Apa yang tidak ada di syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa?
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri, kekasih dan puteri.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayangan yang lurus.
Wahai lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan ALLAH.
Didikanlah mereka dengan panduan dari-Nya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta kerana nanti mereka akan semakin liar,
Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada ALLAH, zat yang kekal kerana disitulah punca bagi kekuatan dunia. Akal wanita stipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu.
Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Hiasilah ia dengan akhlak.
Bisikan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.
Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan membengkok.
Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya.
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepada-Nya. Jinakkanlah diri pada ALLAH nescaya jinaklah segala di bawah pimpinanmu.
"Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra,
andai peribadimu tidak sehebat Sayidina Ali Karramallahu Wajhah".

tidak setia?

assalamualaikum...
bukan apa. cuma saya telah pun bertukar kepada package prepaid. maxis pula tu. suma kerana faktor kos. bil telefon saya naik dua kali ganda. ayah bila mendengarkan perkara ni dia berseloroh kepada saya "aii...takkan tak tahu kenapa?". mestilah saya tahu kenapa...selama ni saya begitu berhati2 menggunakan hanfon memandangkan saya menggunakan bil. telefon rumah pun kadang2 pohon ehsan ibu untuk menelefon saya. sehingga la akhir posting surgeri saya menyedari ramai teman saya menggunakan maxis dan kadang2 mereka memang tidak meng sms saya disebabkan faktor kos itu.
akhirnya semalam atas pertolongan abang asmadi, saya mengambil keputusan menukar no. sms pun murah jadi jika punya kesempatan boleh bertanya kabar kepada rakan2 ya :)
ini bukan soal setia atau apa.
cuma soal luaran kadangkala menjadi faktor kepada perubahan seseorang. sebenarnya tiada masalah pun selama saya berurusan dengan no yang lama. jika jodoh nya panjang pasti saya tidak teragak2 untuk menyambungnya semula...

Monday, March 28, 2005

patut kah berehat?

bismillah. jumaat lepas baru sahaja saya menamatkan posting orthosurgery. posting terakhir saya dalam tahun empat ini. malahan ibu turut pelik pabila saya meminta untuk pulang ke rumah jumaat lepas. dia bertanya adakah saya telah habis exam. saya mengatakan bahawa saya bukan sahaja telah habis exam malahan cuti saya telah pun bermula. selama dua bulan pula tu. itu termasuk lah juga posting elektif yang akan saya lakukan di HTAR. disebabkan posting itu saya tinggal di rumah jadi ia dikira sebagai cuti. cuma patutkah saya memperlakukan cuti saya seperti cuti selayaknya. kerna selepas dua bulan berlalu saya akan memasuki era kemuncak dalam pembelajaran saya. semua tanggungjawab selaku seorang pelajar sudah patut mampu dipikul dengan sebaiknya. adakah saya akan sebagus itu? dan sudah bersediakah saya? sulit memikirkannya buat masa ini.
gembira sebenarnya pabila ada masa untuk bersama dengan keluarga. saya merancang untuk cuti2 malaysia. emm tapi kemana ya. kelantan telah bebrapa kali saya jejaki. sampai dah hafal setiap jalan. itupun adik saya masih tidak bosan untuk menyusurinya semula. katanya ingin membeli belah. saya mencadangkan kita pergi melihat pantai. cuma setelah peristiwa tsunami tempoh hari menjadikan kami berhati2 untuk berada dekat dengan pantai. alah itu kan semua kuasa Allah. jadi lantaran itu menjadikan kami selalu bertawakkal dan berserah diri dalam apa jua urusan dan keadaan.
smoga kita menjadi yang lebih baik setiap hari
smoga kita dapat mempelajari sesuatu dari pengalaman hidup
kecewa untuk seketika tidak mengapa
asalkan kita mampu tuk bangun semula
yang penting adalah penghabisannnya
dengan apa cara sekalipun
kejayaan tidak akan datang dengan mudah... :)

Saturday, March 26, 2005

perempuan memang tidak guna...lelaki pun tidak guna

saya ambil artikel ni dari alwancomics.com
isinya memang baik.
sama2 kita renungkan...

author : mohdhanafi

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dang baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini “….Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Kali ini sebagai mengimbangi tajuk yang menimbulkan sedikit rasa tidak selesa di kalangan MUSLIMAT tu, ana bawakan pula ‘LELAKI MEMANG TIDAK GUNA!’ untuk tatapan sahabat semua…

1. Lelaki memang tidak guna jalan raya sebagai medan untuk menunjukkan kehandalan. Saya sebagai lelaki kadang2 tercabar juga apabila berada di belakang perempuan. Pada waktu itu timbul juga rasa ego untuk tidak terus berada di belakang wanita dengan memecut selaju-lajunya. Itu cerita dulu-dulu lah sewaktu saya mengguna KIPS yang berkuasa tinggi. Tapi sekarang tidak lagi, kerana saya telah menukar kenderaan kepada Honda CDI yang boleh memecut 50 km/j sahaja…Oleh itu bersopanlah di jalan raya. Jalan raya bukan tempat untuk menunjukkan kepakaran memandu.

2. Lelaki memang tidak guna keistimewaan yang diberikan kepada kaum wanita sahaja. Oleh itu, jika dia seorang lelaki, dia akan pastikan solatnya sentiasa 5 waktu sehari semalam melainkan apabila dia mendapat rukhsah solat ketika bermusaffir. Pengalaman bekerja di kilang memang berguna, pada waktu bekerja di kilang tu, saya masih ingat Dato’ Fadhilah Kamsah mengeluarkan data kajiannya ‘80% orang Islam tidak solat!’. Perkara boleh diakui kesahihannya apabila anda berada dlm industri pembuatan. Ramai operator kilang, malah staf pengurusan juga tidak memnunaikan solat. Saya pernah bergaduh dlam hal ini kerana hanya mengajak mereka solat berjamaah.

3. Lelaki memang tidak guna perhiasan dari emas dan pakaian yang dibuat daripada sutera kerana kedua-duanya haram. Begitu juga lelaki tidak akan menggunakan sebarang aksesori yang boleh menyerupai kaum wanita. “Man tasyabbaha bi-qaumin fa-huwa min-hu” {Barangsiapa yg menyerupai sesuatu kaum maka ia tergolong dari kalangan kaum itu}[Hadis]. Hadis ini adalah hadis yang popular ttg larangan menyerupai kaum wanita bagi lelaki atau sebaliknya. Jika anda dijadikan lelaki, terimalah hakikat anda seorang lelaki. Jangan simpan cita-cita untuk menjadi seperti wanita dengan melakukan pembedahan organ atau berpakaian seperti wanita.

4. Lelaki memang tidak guna kesempatan yang ada padanya untuk meluahkan kemarahannya. Jika seorang suami, dia tidak menjadikan isteri ketika bersama steri di rumah untuk memarahi isteri kerana tekanan kerja. Lelaki yang gagah adalah lelaki yang boleh menahan nafsu marahnya. Nabi juga berpesan, bahawa lelaki yang gagah itu bukanlah mereka yang menang gusti tangan, tetapi lelaki yang berupaya menahan marahnya. Dalam al-Quran Allah menitipkan 4 ciri orang yang baik (muhsin), dan salah satunya adalah menahan kemarahan (al-kaazimina al-ghaizhi), seperti yang tercatat dlam ayat 134 surah aali-‘Imran. Seorang sahabat saya yang merupakan Ketua Jabatan menasihati saya, “Jika mengalami tekanan kerja atau wang, jangan luahkan kemarahan itu pada anak-anak dan isteri. Saya tidak pernah menengking anak-anak dan isteri di rumah. Isteri saya sendiri tidak dapat menduga gelojak perasaan saya, dan dia tidak tahu pada waktu mana poket saya penuh dengan duit atau sebaliknya” Maka sebagai lelaki, marilah kita sama-sama menjadi orang yang boleh mengurus tekanan dengan baik.

5. Lelaki memang tidak guna keistimewaan berpoligami yang diberikan kepadanya jika dia dikurnakan seorang isteri yang sempurna, taat, solehah, dan boleh melahirkan zuriat. Ketahuilah walaupun lelaki diberi kelebihan utk berpoligami, tetapi amat sukar bagi lelaki untuk berlaku adil. Jika dikurniakan seorang isteri yang setia dan amat mempercayai kesetiaan anda sebagai suami, maka jangan sekali-kali mengkhianati keyakinannya. Jadilah kita sebagai lelaki yg setia yang tidak mempunyai hati yg bercabang. Ciri lelaki seperti ini dinyatakan dalam ayat 4 surah Al-Ahzab. Ayat ini adalah ayat ttg masalah lelaki menziharkan isteri kerana di luar sana dia mempunyai perhatian kepada wanita lain. Maka jika kamu menziharkan isterimu, kaffarahnya amat berat. Kaffarah itu disebut pula dalam ayat 2-4 surah al-Mujaadilah. Jika wajib menerima konsep poligami dalam Islam dan untuk mempraktikkannya, terpulanglah pada kemampuan. Jika lelaki tidak mahu berpoligami, jangan sekali-kali berkata ‘Poligami itu tidak adil’, sedangkan orang yang berpoligami itu (tidak semua) kebanyakannya tidak dapat berlaku adil atau tidak dapat mengamalkan prinsip poligami kerana kurangnya ilmu agama dlm dirinya.

6. Lelaki memang tidak guna matanya untuk melihat perkara yang dilarang khususnya aurat wanita. Jika seorang wanita berselisih dengan lelaki, secara adatnya lelaki akan tertarik untuk melihatnya. Wanita dalam bahasa Arab adalah ‘Mar-atun’ kata terbitan daripada ‘Ro-a’ yang bermaksud ‘Tempat jatuh pandangan’. Kata guruku…”Pandangan pertama adalah rezeki, maka jika disusuli pandangan kedua yang bercampur dengan desakan nafsu, ia adalah dosa” dato’ Ismail Kamus. Jika arahan supaya wanita menjaga pandangan mata, ayat yang ditujukan khusus oleh Allah untuk lelaki tercatat dalam ayat 30 surah An-Nur. Jika wanita dan lelaki bermuamalat, jangan melihat ke dalam mata wanita (walaupun dlm Kemahiran Komunikasi kita diajar supaya melihat orang yang bercakap dengan kita). Lihatlah seadanya, selagi tidak membangkitkan nafsu sekiranya bercakap atau berurusan dengan wanita yang bukan muhrim dengan anda.

7. Lelaki memang tidak guna subang untuk dipakai pada sebelah telingannya sahaja atau memakai gelang atau berpakaian selekeh ala ‘rockest’. Walhal perkara ini adalah budaya kuning yang dibawa masuk oleh musuh Islam dalam masyarakat Islam. Budaya ini amatlah membimbangkan sehingga ramai remaja terjebak dgn perkara yang merosakkan. Budaya ini banyak namanya….hippies, breakaway, skin head, punk, black metal, hedonism, dan entah apa-apa lagi.

8. lelaki memang tidak guna ROKOK untuk memberitahu orang lain “Aku sudah matang” atau untuk menghilangkan kerungsingan hatinya. Ada kawan-kawan saya memberitahu saya, “Saya merokok sekadar cuba-cuba, kemudia saya mendapati ia berguna untuk menghilangkan kekusutan minda apabila otak saya letih”. Alahai, mengapa dipilih rokok yang mengadungi jutaan racun itu? Apakah kita ada Al-Quran utk mencari kedamaian jiwa? “dan Kami (Allah) turunkan dari Al-Quran suatu yg menjadi penawar dan Rahmat bagi orang2 yg beriman….” Ayat 82 surah al-Israa’. Tika berserabut jiwa, bacalah Al-Quran untuk mencari ketenangan, bermunajatlah kpd Allah, tadabburlah ayat2 Al-Quran kerana ia adalah kalam Allah yang suci.

9. Lelaki memang tidak guna sifat EGO untuk menganiaya perempuan. Jika lelaki dan wanita bergaduh, lelaki akan terlebih dahulu meminta maaf daripada wanita walaupun kesalahan itu bukan berpunca dari dirinya. Meminta maaf bukanlah sesuatu yang boleh menurunkan martabat anda sebagai lelaki.

terima kasih

SEBAR SEBARKAN

1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaanyang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi).Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cubatuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore".

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS.bahanini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya> jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo5,Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran Body Nature, NatureForce dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secaratunggal.Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate&Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hariselepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.Keluargasaya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini.Inilah yang menyebabkan meesegera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS).Beberapatahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untukmemasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugaradari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri,Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlahdiistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialahstraw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabilaplastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedahkepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi... :)

pakaian wanita Islam

ni peringatan yang saya ambil dari inbox email saya...kita kongsi2 lah skit ye

Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
1. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.

2. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al Albi dan Rasulullah S.A.W. pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid), untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari Rasulullah S.A.W. bertanyakan Usamah: "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab: "Saya telah berikan kepada isteri saya."
Lalu Rasullullah S.A.W bersabda kepada Usamah: "Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak di galas , maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

3. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan. Selain dari itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan mambayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

4. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

5. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: maksudnya: Rasulullah S.A.W. telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian

6. Pakaian itu bukan melambangkan kemegahan dan bukan untuk berhias-hias atau ditambah dengan haruman yang semerbak. Abu Musa Al-Asy'ari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina."

7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus mengindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita. Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang amat tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

Wednesday, March 16, 2005

merajuk kat neurosurgery

Bismillah. Bersyukur kerna begitu banyak nikmat Tuhan diterima. Terutama nikmat beragama yang kita ada. Dengan nikmat ini kita rasa diri terpimpin dengan pegangan dalam amalan seharian. Manakan tidak setiap yang kita lakukan pasti ada tujuannya. Untuk mendapat redhaNya yang satu.
Nak tergelak sebenarnya. Sekarang musim exam. Termasuk senior2 final year saya. Wad ditutup. Takde student yang dibenarkan masuk walaupun sekadar melihat kes termasuk lah kami 4th year yang berada seminggu di neurosurgeri. Klau student yang sedia pesimis mesti da melompat gembira. Mana tak klau masa kami suma g jumpa Prof Ben untuk teaching Prof Ben kata ‘u all will join next group bedside teaching’. ‘what?’ Tapi dalam ati je la. prohibited from all clinical work makna nya kita buat room work la ha ha... tak suka...sebabnya Prof, next year we’re all will not in the same group again…lagipun this is the last posting of the year. That’s mean we have to join next batch…; sorang kawan aku cakap “sounds ridiculous” tapi dia cakap kat luar wad lah bukan depan Prof. sebenarnya bukan masalah besar pun nak join the next group a.k.a our junior tapi mana kitorang nak tau bila, kat mana teaching n kena consider masa tu kitorang posting apa…

Anyway this posting best sangat…mr azizi dialu2kan membuat teaching even bunyinya cam teaching ‘underground’. Wujud ke istilah tu? Mr azizi kata neurosurgery such an interesting things to know. Emm dia kata dia join sebab fardhu kifayah. Tau tak nape? Bayangkan kat satu tempat ada kejadian head injury, no neurosurgeon available, and the patient keep transferring…disebabkan takde orang berilmu neurosurgery. Bila orang tu meninggal orang yang ada kemampuan nak belajar tapi tak belajar ilmu tu akan berdosa.

Dia kata cara nak amik ati orang tua lain skit. Bagi pujian yang kaw2 nyer. Dengan syarat biarlah amik ati untuk tujuan yang manfaat...
Dia kata we all have a good brain sayang kalau tak gunakan dengan baik. Klau tak guna untuk belajar atau memahami agama kita dikira cam tak mensyukuri nikmat Allah.
Emm mekasih bagi peringatan…

Monday, March 14, 2005

neurosurgery

bismillah hari start posting neurosurgery. namun masih sempat ke cc. sebab hari ni tak boleh masuk ke wad. kami sibuk mencari doktor dan mengatur kelas sepanjang minggu ni. dah spare otak dan sedia untuk menikmati kehidupan neuro surgery...mudah2 an Allah bantu.

Friday, March 04, 2005

seminggu di urology dept

bismillah. sempat jua aku menitip nota walaupun pada masa2 kecemasan macam ni. emm pejam celik2x dah abis seminggu kat urology dept. yang hari pertamanya kami kena ugut kerana balik awal dari ward round. dan akibatnya kami kena tulis 'surat tunjuk sebab' tidak menghadiri ward round. walaupun pada hakikatnya kami hadir... tapi kami akur walau apa pun alasan yang kami beri belum tentu dapat meredakan bara hati seorang urologist.
betul juga kata dia. kami memang suka buat assumption, suka assume dan suka main teka2 je. mana boleh buat perangai macam tu masa dah keje nanti. kalau patient masuk wad takkan nak assume dia takde sakit tu, sakit ni... emm klau Prof Muhaya mesti cakap macam ni 'emm bad prognosis medical student'. bahaya tu. itulah... disebabkan aku dah pilih untuk menjadi seorang pengamal perubatan aku perlulah pikul tanggungjawab tu. dan tugas penting buat masa ni adalah belajar dengan sesungguh2nya. insyaAllah...

to my friends...

To My Friends Who Are ........... SINGLE
Love is like a butterfly.
The more you chase it, the more it eludes you.
But if you just let it fly, It will come to you when you least expect it.
Love can make you happy but often it hurts, but love is only special when you give it to someone who is really worth it.
So take your time and choose the best

To My Friends Who Are ........... NOT SO SINGLE
Love isn't about becoming somebody else's "perfect person"
It's about finding someone who helps you become the best person you can be.

To My Friends Who Are ........... ENGAGED
The true measure of compatibility is not the years spent together
But how good you are for each other

To My Friends Who Are ........... MARRIED
Love is not about "it's your fault", but "I'm sorry."
Not "where are you", but "I'm right here for you"
Not "how could you", but "I understand"
Not "I wish you were", but "I'm thankful you are"

To My Friends Who Are ........... HEARTBROKEN
Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go
The challenge is not how to survive heartbreaks
But to learn from them.

To My Friends Who Are ........... NAIVE
How to be in love:
Be consistent but not too persistent,
Share and never be unfair,
Understand and try not to demand,
And get hurt but never keep the pain.

To My Friends Who Are ........... POSSESSIVE
It breaks your heart to see the one you love
Happy with someone else
But it's more painful to know that the one you love
Is unhappy with you.

To My Friends Who Are ........... AFRAID TO CONFESS
Love hurts when you break up with someone.
It hurts even more when someone breaks up with you.
But love hurts the most: When the person you love has no idea how you feel about him/her

To My Friends Who Are ........... STILL HOLDING ON
A sad thing about life is when you meet someone and fall in love,
only to find out in the end that it was never meant to be,
and that you have wasted years on someone who wasn't worth it.
If that person doesn't worth it now,
it's not going to be worth it a year or 10 years from now.

TO ALL MY FRIENDS ....... My wish for you is a man/women whose love is:
honest,
strong,
mature,
never-changing,
protective,
encouraging,
rewarding
and unselfish

:-)