Tuesday, February 07, 2012

BEKERJA SEWAKTU HAMIL

 assalamualaikum/salam sejahtera;

bagi saya :awesome! 

Berbagai pendapat tentang bekerja sewaktu hamil.bagi saya wanita hamil yang bekerja sangat menarik dan comel juga.jika anda adalah orang seperti saya terpaksa bekerja dan hamil dalam satu masa mungkin artikel dari Babycenter ini untuk anda

Adakah sebarang sebab mengapa saya tidak harus bekerja semasa hamil?

Jika kehamilan anda berisiko rendah dan normal, dan anda bekerja dalam persekitaran yang selamat, sudah tentu anda boleh terus bekerja.

Jika anda berasa yang anda didedahkan kepada
sebarang risiko disebabkan pekerjaan (mungkin sebab bahan-bahan yang terdedah, atau perjalanan yang berlebihan, atau kerja syif, contohnya,) maka anda perlu berbincang dengan jabatan sumber manusia atau wakil kesatuan pekerja.

Bagaimana untuk saya menangani mabuk hamil di tempat kerja?

Enam puluh hingga 90 peratus wanita mengalami sedikit loya atau mabuk hamil (seperti saya) hu hu semasa mengandung. Ada kemungkinan anda akan mengalaminya semasa berada di tempat kerja selain di rumah.

Jika anda tahu bahawa anda cenderung untuk muntah-muntah, dan bukan hanya rasa loya, simpanlah kain lap dan ubat pencuci mulut dalam kereta anda (dan juga beg plastik jika tidak suami saya akan marah!). Jika anda belum memberitahu pejabat anda tentang kehamilan anda lagi, anda bolehlah menyediakan beberapa ungkapan yang agak meyakinkan bersabit "keracunan makanan".
(emm...mestikah?)

Walau bagaimanapun, anda mungkin mendapati bahawa rakan sekerja anda akan dapat meneka keadaan sebenar apabila dapat mengumpul maklumat yang menjadi menunjukkan yang anda hamil, seperti masa panjang yang diambil semasa di tandas atau secara mendadak kurang minat untuk makan
makanan gerai.

Jika anda mengalami
mabuk hamil yang teruk dan berpanjangan, anda mungkin perlu memberitahu bos anda mengenai kehamilan anda lebih awal dari yang dirancang.
 
situasi saya : memberitahu kehamilan saya kepada doktor pakar perubatan keluarga saya seawal 5 minggu untuk dapatkan MC.morning sickness sangat teruk sehingga berbual dengan pesakit juga menyebabkan saya loya dan muntah :(

Bagaimana untuk saya sentiasa berlaku profesional ketika kehamilan semakin sarat? 

situasi saya : saya sangat suka kelihatan cantik.ada juga yang memuji saya kelihatan comel dan bulat.saya tidak ambil hati malah menerima dengan hati terbuka....

Mujurlah, kini mudah untuk mendapatkan pakaian bersalin untuk bisnes - anda boleh mendapatkannya di pusat-pusat membeli-belah utama atau secara online. Anda akan sentiasa kelihatan kemas dan profesional, walaupun kehamilan anda telah mencapai peringkat akhir.

Semasa trimester pertama dan ketiga, anda mungkin mengalami
keletihan, cepat lupa, dan berkhayal; dan semasa trimester kedua, anda mungkin akan berasa lebih bertenaga dan lebih senang memberi fokus. Mungkin membantu jika anda berbincang dengan rakan sekerja yang telah melalui ini juga, yang memahami perasaan anda dan boleh menyokong.

Kehamilan anda, yang mungkin sudah kelihatan, masih boleh dikekalkan sebagai sesuatu yang peribadi. Mungkin ramai orang yang berminat untuk mengetahui tentangnya bukan saja di kalangan rakan sekerja, malah, kawan-kawan baik juga. Sesetengah wanita sukakan ini, mengambil peluang ini untuk bercakap tentang bayi yang semakin membesar. Yang lain mahu menyimpan berita kehamilan sebagai sebahagian daripada kehidupan peribadi mereka, dan bukan satu perkara untuk dibincangkan di tempat kerja.


Anda mungkin perlu bersikap toleran pada mulanya jika orang lain mahu membincangkan lebih daripada apa yang diingini. Walau bagaimanapun, anda boleh menunjukkan pendirian anda dengan cara anda mengendalikan komen apabila anda tidak mahu dibawa berbual. Ingatlah juga, bahawa kebaharuan berita kehamilan itu akan berkurangan dalam sedikit masa dan suasana nak ambil tahu ini akan hilang dengan cepat.

Bagaimana saya boleh menjaga diri saya dengan baik semasa bekerja?

Cuba tip-tip ini.
  • Naikkan kaki anda ke atas. Letakkan kotak atau bangku bawah meja anda.

  • Pakai kasut yang selesa. Anda boleh cuba memakai stoking sendat untuk ibu hamil atau stoking yang menyokong.

  • Pakailah pakaian selesa.

  • Dapatkan sokongan darpada ibu-ibu lain.

  • Berehat dari semasa ke semasa. Berdiri dan buat senaman regangan jika anda telah lama duduk; duduk dan angkatkan kaki anda jika anda telah lama berdiri.

  • Banyakkan berminum. Sediakan air dalam gelas tinggi di meja anda, dan isikannya semula apabila kosong. Ini juga akan memberikan anda peluang untuk berhenti kerja untuk seketika.

  • Lihat semula ruang pejabat anda. Bekerja di komputer tidak akan membahayakan bayi anda yang sedang membesar, tetapi wanita yang hamil adalah lebih mudah mendapat sindrom terowong karpus (jari kebas dan sakit). Ambillah langkah-langkah yang mungkin yang boleh untuk membuat susunan meja dan kerusi anda seberapa selesa yang mungkin.

  • Elakkan diri dari orang yang merokok dan kawasan merokok di pejabat anda. Asap rokok pasif bukan sahaja memburukkan lagi rasa mual dan mabuk hamil, ia adalah berbahaya bagi anda dan bayi.

  • Berehat, rehat, rehatlah. Jangan terlalu meletihkan diri anda di rumah atau di tempat kerja.

  • Makanlah secara sempurna. Elakkan dari mengambil kopi secara berterusan di tempat kerja.

  • Elakkan perkara-perkara bahaya di tempat kerja.

  • Kurangkan stres. Jika anda tidak dapat mengelakkan faktor stres di tempat kerja, carilah jalan untuk mengatasinya, seperti senaman pernafasan, yoga, regangan, atau dengan cuma berjalan-jalan untuk satu masa yang singkat.

  • Terimalah tawaran orang yang hendak membantu. Jika ada masanya rakan-rakan anda hendak memanjakan anda, dan anda tidak keberatan, biarkanlah. Anggaplah diri anda bertuah sebab berada dalam persekitaran yang menyokong.
Ini adalah satu-satunya masa yang istimewa dalam hidup anda dan anda tidak perlu berpura-pura bahawa keadaan sekarang tidak berlainan daripada keadaan biasa. Gunakan masa ini dengan cara yang paling memanfaatkan!

No comments: